Monday 25 April 2011

Resepi 10 : Ayam Masak Lomak Cili Api (Nogori Style)


Salam cucu-cucu sekalian...! Apa khabar korang sume..? Nenek harap semuanya dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit, maklum laa skang ni kan musim hujan... Kat Shah Alam nih, tiap-tiap petang mesti hujan.. .Kalau tak hujan, mesti panas terik semacam pulak... itu yang buat badan tak tahan dek cuaca yang tak menentu skang nih... Apapun, banyakkan minum air masak yek dan jangan makan benda-benda sejuk...

Ok, hari ni nenek nak kongsi resepi untuk dinner iaitu Ayam Masak Lomak Cili Api... Selamat Mencuba yek...


Bahan-bahan
  •  1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 30 ulas cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2-3 batang serai (dititik)
  • 1 biji kelapa (santan)
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Mula-mula sekali kita tumbuk cili api, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah selumat-lumatnya.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi di dalam kuali bersama serai yang telah dititik.
  3. Dengan api yang perlahan, kecutkan ayam yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi hingga naik baunya.
  4. Kemudian, kita masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak.
  5. Kalo cucu-cucu suka makan kentang, boleh masukkan kentang selepas santan dimasukkan.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan jangan masukkan sebarang serbuk perasa yang lain, nanti tak pure laa...
  7. Tunggu sehingga ayam dan kentang sudah masak empuk barulah ditutup apinya.
  8. Cucu-cucu boleh hidangkan bersama nasi putih dan ikan kering. Fuhhhh...  
Anyway, ni nenek nak celoteh sket nih... Korang mesti lebih suka pakai blender kan..? Terpulang yek kalo lebih suka pakai blender tapi pada nenek pakai lesung batu lebih baik. Bknnya apa, kalo pakai blender nanti hilang rasa bahan-bahan sebab kena bancuh dengan air. Kalo pakai blender kan korang kena isi air sikit.. kalo tak letak air, nanti tak berpusing plak. Air tu yang akan buat bahan menumis tu jadi lambat garing & kurang rasa.. So, nenek syorkan pakai laa batu lesung dan exercise ler sekali-sekala...  =)

Ok, selamat mencuba yek...



Malaysia Web Hosting

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The Obscura Cafe