Gambar Hiasan |
Arrrggghhhhh, terbelit lahh lidah nenek nak menyebutnya.... Dah, jom belajar resepi nih...
Bahan-bahan
- 1 kg ikan kembung (di potong dua)
- 1 ikat taugeh kasar
- 1 cawan tempoyak
- 1 batang serai
- 10 biji cili padi
- 1 bawang besar
- 1 inci kunyit hidup
- Garam dan gula secukup rasa
- Mula-mula sekali cucu kisarkan bawang besar, cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar nih ke dalam periuk bersama serai yang telah dititik. Tunggu hingga kuah mendidih.
- Kemudian cucu-cucu boleh masukkan tempoyak yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Kadang-kadang tempoyak tu rasa agak masam mungkin sebab dah lama, so cucu pandai-pandai laa balance-kan dengan garam & gula yek...
- Bila kuah gulai sudah mendidih, cucu masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk. Kalo cucu teringin nak gunakan ikan lain pun boleh, ikan bilis pun boleh kalo dah sengkek sangat... huhuhu....
- Apabila kuah sudah mendidih, cucu masukkan lah taugeh kasar dan terus tutupkan api. Ini kerana taugeh tidak perlu dimasak lama, kuah yang mendidih tu akan membuatkan taugeh tu masak.
- Atau pun cucu-cucu boleh masukkan dengan sayuran lain seperti belimbing yang kecik-kecik tuh...
- Gulai tu dah sedia untuk dihidang bersama nasi dan ulam-ulaman.
No comments:
Post a Comment