Wednesday, 20 April 2011

Resepi 5 : Puding Karamel Nek Kiah

Gambar Hiasan
Salam cucu-cucu sekalian..!! Korang semua dah lunch dah? Bagus kalo sudah lunch sebab... hari ni nenek tak kongsi resepi untuk lunch... tak sempatlah cu, nenek busy sangat... Apa? Nenek sibuk membuta..? No.. No.. No.. (sambil menggerakkan jari telunjuk..) tadi nenek gi jalan-jalan kat Pavilion... asyik benor membelek handbag, tuh yang nenek busy tuh... 

I'm so sorry yek tapi skang nih nenek dah kat umah dah... So, hari ni nenek nak berkongsi resepi untuk minum petang... hehehehe...

Jom sharing kat sini....


Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 7 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan air masak
  • 1 sudu teh perasa vanilla
  • 10 sudu besar gula pasir
Cara membuatnya
  1. Ok, mula-mula sekali kita kena pukul telur sampai lahhh telur dio berbuih. Jangan sampai kombang yo... Ekau pukul sampai berbuih jer... kang berbuih plak mulut korang...  =)
  2. Bila dah berbuih tu, masukkan susu cair plak dan pukul sehingga sebati. Ni nenek nak kongsi tips lagi... kalo resepi orang lain, diorg terus masukkan susu pekat jer tapi nenek tak suka sebab nanti berketul-ketul puding tu & tak sebati... kalo nak sebatikan, korang kena pukul telur tu lama-lama laa plak... kombang plak jadinya... so, masukkan susu cair dulu...
  3. Bila dah sebati, barulah masukkan susu pekat, perasa vanilla dan juga air kemudian pukul hingga sebati. Boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang cucu suka yek...
  4. Ok, skang nih kita prepare untuk buat air gulanya pulak. Mula-mula panaskan gula sehingga bertukar menjadi warna keperangan. Kacau gula secara perlahan-lahan dengan menggunakan api yang sederhana supaya gula tak hangit. Kemudian masukkan 1/2 cawan air masakuntuk jadikan air gula.
  5. Kemudian, cucu-cucu masukkan air gula tadi ke dalam acuan tuangkan bahan-bahan yang telah dipukul tadi diatasnya.
  6. Last but not least, hamboi... speaking London... masukkan acuan yang telah diisi tadi ke dalam bekas kukusan di atas api yang sederhana selama 45 minit. Cucu kena pastikan air telah mendidih dahulu sebelum masukkan acuan tu ke dalam kukusan yek...
  7. Bila dah siap nanti, masukkan laa ke dalam peti ais dulu... makan sejuk-sejuk lagi sedapppp...
  8. Elok juga kalo ditambah dengan hirisan buah-buahan di atasnya seperti strawberi, pisang atau buah kiwi... Pasti sedappp..!
Ok, selamat mencuba yek... kalo dah try, sila tinggalkan bau (jejak) kat blog nenek ni yek...  =)



Malaysia Web Hosting

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The Obscura Cafe