Monday, 25 April 2011

Resepi 11 : Pinkish Dadih Strawberry




Haaa... Nenek tak share lagi resepi dessert atau pencuci mulut... Tekak nenek tetiba terasa macam nak makan dadih plak nih... Sedapnyeeee kalo dapat makan dadih yang sejuk... Slurpppp..!!

Ok, jom kita sharing camne nak buat Pinkish Dadih Strawberry...


Bahan-bahan
  • 1 liter susu kotak strawberry Dutch Lady
  • 1 cawan air
  • 4 sudu besar gula
  • 5 biji strawberry (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar (Cap Rose)
  • 150ml yogurt asli Dutch Lady
Cara membuatnya
  1. Mula-mula masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Bila dah mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga rata atau gula larut dan kemudian tutupkan api.
  3. Kemudian masukkan susu kotak strawberry dan juga yogurt asli Dutch Lady. Kacau sehingga rata.
  4. Then dah boleh masukkan ke dalam bekas dah. Kalo cucu-cucu suka strawberry, boleh masukkan strawberry yang telah dipotong kecil di dalam setiap bekas dadih tersebut.
  5. Kemudian masukkan bekas yang telah diisi ke dalam peti sejuk.
Kalo cucu-cucu dapat strawberry yang agak masam, cucu-cucu boleh cuba letakkan karamel ke atas strawberry yang telah dihiris sebelum dimasukkan ke dalam adunan dadih tuh... Nak tau camne nak buat karamel..?? Klik sini.

Malaysia Web Hosting
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...