Good morning cucu-cucu sekalian...!!! Hari ni nenek nak berkongsi resepi Kuih Lapis 1Malaysia untuk sarapan pagi ataupun untuk minum petang pun boleh jugak. Ikut suka cucu-cucu nenek laa nak buat time bila yek... Kalo rajin, buat lah untuk suami dan keluarga yang tersayang...!
Jom sharing kat sini.
Bahan-bahan
- 920ml santan pekat
- 400ml santan cair
- 300gm gula pasir
- 4 helai daun pandan
- 150gm tepung beras
- 150gm tepung kanji
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh esen ros
- Sedikit pewarna merah yang dibenarkan
- Mula-mula sekali cucu kena masak santan pekat bersama gula dan daun pandan sehingga mendidih. Hurrmmm, masa nih bau daun pandan saja dah buat cucu-cucu sekalian terliuq. Bila dah mindidih, biarkan santan tersebut sejuk sebentar.
- Kemudian santan cair, tepung beras, tepung kanji dan esen ros dikacau hingga rata. Bila adunan santan pekat yang dimasak tadi dah jadi suam-suam kuku, cucu-cucu campurkan kedua-dua adunan santan nih.
- Kemudian, bahagikan adunan yang telah disatukan kepada 2 bahagian di mana 1 bahagian cucu-cucu boleh letakkan sedikit pewarna merah. Hasilnya, cucu-cucu akan ada 1 bahagian berwarna putih dan 1 bahagian berwarna merah jambu.
- Kemudian dikukus selapis-selapis sehingga abis adunan tadi dan setiap satu lapisan dikukus lebih kurang dalam 5-6 minit.
- Gunakan api yang sederhana yeh dan lapisan tu jangan lah sampai tebal-tebal sangat nanti bahagian bawah akan menjadi keras pulak sebab dek terlalu lama duduk kat dalam kukusan tuh.
- Kemudian, sejukkan lapisan tu sebelum dipotong mengikut bentuk yang cucu-cucu suka.
- Dari segi warna tuh, cucu-cucu boleh jek kalo nak tukar kepada kaler yang lain.... tak kisah laa nak kaler ape sekali pun...!
No comments:
Post a Comment